Benelli turuti Jelajah 1-Jiwa BERNAMA

 Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (BERNAMA) telah menganjurkan Program Jelajah 1 Jiwa bersempena sambutan ulang tahun ke-50 Jubli Emas BERNAMA bermula 8 hingga 15 Julai 2017 lepas.
Jelajah 1 Jiwa merupakan konvoi motosikal dan skuter berkuasa tinggi melibatkan petugas BERNAMA sendiri. Program ini telah menjelajah ke setiap pejabat Biro BERNAMA di seluruh negara termasuklah pejabat-pejabat pewarta. Siri penjelajahan terbahagi kepada dua di mana Siri Pertama penjelajahan merupakan perjalanan ke Putrajaya, Kuala Lumpur, Shah Alam, Ipoh, Georgetown, Alor Star, Kangar, Kota Bharu, Kuala Terengganu, Kuantan, Johor Bharu, Melaka dan Seremban. 

Siri Kedua program jelajah ini pula merangkumi Sarawak dan Sabah, yang telah bermula di Kuching, Sibu, Miri, Kota Kinabalu, Sandakan dan Tawau. 
Pihak Mforce Bike Holdings telah menaja lima buah motosikal yang terbaharu jenama Benelli iaitu tiga buah model TRK502 dan dua buah model 302R yang digunakan sepanjang jelajah ini berlangsung. Selain daripada menjelajah ke setiap biro BERNAMA, konvoi tersebut juga berkunjung ke cawangan Mforce Bike Holdings di Segambut dan showroom Benelli. Penyerahan motosikal telah disempurnakan oleh Pengurus Besar Mforce Bike Holdings, En Asri Ahmad pada majlis pelancaran dan pelepasan program tersebut di Wisma BERNAMA, Jalan Tun Razak pada 8 Julai 2017 lepas. Flag-off jelajah ini pula telah disempurnakan oleh Pengurus Besar BERNAMA, Datuk Zulkefli Salleh. 







No comments: