Ducati Memperkenalkan Dua Model Terbaru


Baru baru ini Ducati telah memperkenalkan dua model mereka yang terbaru di Art Of Speed 2017. Dua model terbaru ini adalah Ducati Scrambler Desert Sled dan Ducati Scrambler Cafe Racer.

Ducati Scrambler Desert Sled berharga RM 68,899 temasuk GST






Ducati Scrambler Cafe Racer berharga RM 68,899 termasuk GST





Superbikers Association of Malaysia (SAM) Media Ride pada 22 & 23 Julai 2017 dari Kuala Lumpur ke Perlis memberi peluang mengenali lebih rapat dengan masyarakat





Tujuan program ini adalah untuk merapatkan antara pihak media,SAM dan masyarakat serta menyalurkan maklumat bagi menjayakan program himpunan 6 ribu penunggang pelbagai model & c.c motorsikal di Putrajaya pada 10hb Sept 2017 yang di kenali sebagai MERDEKA RIDE 2017 (MR17) bagi menonjolkan peranan pemilik motorsikal berkuasa tinggi sebagai ikon kepada masyarakat. Sesuai dengan tema Hari Kebangssan 2017 Negaraku Sehati Sejiwa.

Program Merdeka Ride 2017 akan bermula di Jeli, Kelantan dgn menghimpun 600 penunggang motorsikal berkuasa tinggi yg akan dibahagi kpd 2 kumpulan untuk menuju ke Putrajaya melalui zon Utara & Selatan. Setiap peserta akan di letakkan di dalam keluarga angkat pada setiap destinasi yang akan di lawati di kampung-kampung tradisi. Program yang akan mendekatkan antara masyarakat kampung dan bikers di harap akan memberi lebih makna dalam mendalami semangat Kemerdekaan untuk terus bebas merdeka selari dengan 60 tahun kalahiran tanah air.






























Pusat Servis Terbaru Sky Team di Serdang, Selangor


Baru baru ini satu pusat servis yang baru telah dibuka bagi memudahkan pemilik motorsikal jenama Sky Team di kawasan Selangor menghantar motosikal mereka. Antara jenama Sky Team yang boleh dihantar adalah Sky Team Ace 125, Sky Team PBR 110 Mini Motor dan Sky Team Lady 110.

Alamat pusat servis terbaru ini adalah Gear Nation, No 7, Ground Floor, Jalan SR 1/4, Taman Serdang Raya 43300 Seri Kembangan, Selangor dan boleh dihubungi di talian 03-89591370.

Lokasi peta boleh didapati di https://goo.gl/maps/ckfR8MzKvGz





Honda tawar CBR650F dan CB650F 2017




Boon Siew Honda (BSH) kini menawarkan jentera empat silinder kelas pertengahan (middleweight) iaitu Honda CBR650F dan CB650F model dengan spesifikasi yang dinaik taraf dan warna baharu untuk 2017.

Varian 2017 bagi kedua dua CBR650F dan CB650F ini menerima beberapa peningkatan kuasa puncak kepada 67kW @ 11,000rpm berbanding dengan model 2016. Ia dicapai hasil dari pengubahsuaian aliran masuk udara dan ekzos yang baharu yang kini mempunyai peredam bunyi atau muffler yang lebih pendek. Tupang atau fork hadapan Showa Dual Bending Valve (SDBV) yang baharu dan angkup brek Nissin pula dibekalkan untuk meningkatkan pengalaman menunggang.  CBR650F dan CB650F kini datang dengan lampu LED depan dan belakang. Reka-bentuk luaran agresif dua-dua model ini menonjolkan rupa keseluruhan yang merupakan warisan Honda FireBlade CBR1000RR model 2017.

CBR650F dan CB650F baharu ini boleh didapati di rangkaian pengedar Impian Honda mulai Ogos 2017 ini.
Model
Warna
Harga
CBR650F
1.  Mat Gun Powder Black (Hitam)
2.  Millennium Red (Merah)
3.  Pearl Metalloid White (Putih)
STD: RM 47,115.94
CB650F
1.  Mat Gun Powder Black (Hitam)
2.  Millennium Red (Merah)
3.  Pearl Spencer Blue (Biru)
4.  Sword Silver Metallic (Perak)
STD: RM 44,995.94
Harga yang disyorkan termasuk GST tetapi tidak termasuk cukai jalan, insurans dan pendaftaran. Model tersebut juga didatangkan dengan jaminan kilang selama dua tahun atau 20,000 kilometer (yang mana terdahulu).
Untuk mendapatkan maklumat lanjut berkenaan 2017 CBR650F dan CB650F Baharu ini, sila layari laman Facebook mereka: www.facebook.com/HondaMotorcyclesMalaysiaBoonSiewHonda.   atau hubungi talian percuma 1800-88-3993 (Isnin ke Jummaat, 8pg hingga 5ptg. Tidak termasuk cuti umum).


Model
CBR650F
CB650F
Engine Type / Jenis Enjin
649cc Liquid-Cooled 4-cylinder, 4-stroke, DOHC, 4 valves
Bore X Stroke(mm) / Gerek & Lejang
67.0mm x 46.0mm
Compression Ratio / Nisbah Mampatan
11.4:1
Max.Power / Kuasa Kuda Maksimum
67kW @ 11,000 rpm
Max.Torque / Tork Maksimun
64 Nm @ 8,000 rpm
Clutch Type / Jenis Klac
Wet Multiplate
Transmission / Transmisi
6 Speed Manual
Dimensions / Dimensi (LxWxH) (mm)
2,110 x 755 x 1,145
2,110 x 775 x 1,120
Wheelbase / Asas Roda (mm)
1,450mm
Caster Angle / Trail / Sudut Caster / Jerak Trail (mm)
25.5 / 101
25.5 / 101
Curb Weight / Berat Keseluruhan (kg)
CBR650F    213kg
CB650F    208kg
Fuel Tank Capacity / Muatan Tangki Petrol(ℓ)
17.3L
Suspension Type / Jenis Suspensi
Front Axle: 41mm SDBV telescopic fork
Rear: Monoshock damper with adjustable preload
Tyres Size / Saiz Tayar
Front: 120/70ZR17M/C (58W)
Rear:  180/55ZR17M/C (73W)
Brakes Type / Jenis Brek
Front: Hydraulic Dual Disc 320mm
Rear: Hydraulic Disk 240mm
Headlight / Lampu depan
LED
Taillight / lampu belakang
LED


Benelli turuti Jelajah 1-Jiwa BERNAMA

 Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (BERNAMA) telah menganjurkan Program Jelajah 1 Jiwa bersempena sambutan ulang tahun ke-50 Jubli Emas BERNAMA bermula 8 hingga 15 Julai 2017 lepas.
Jelajah 1 Jiwa merupakan konvoi motosikal dan skuter berkuasa tinggi melibatkan petugas BERNAMA sendiri. Program ini telah menjelajah ke setiap pejabat Biro BERNAMA di seluruh negara termasuklah pejabat-pejabat pewarta. Siri penjelajahan terbahagi kepada dua di mana Siri Pertama penjelajahan merupakan perjalanan ke Putrajaya, Kuala Lumpur, Shah Alam, Ipoh, Georgetown, Alor Star, Kangar, Kota Bharu, Kuala Terengganu, Kuantan, Johor Bharu, Melaka dan Seremban. 

Siri Kedua program jelajah ini pula merangkumi Sarawak dan Sabah, yang telah bermula di Kuching, Sibu, Miri, Kota Kinabalu, Sandakan dan Tawau. 
Pihak Mforce Bike Holdings telah menaja lima buah motosikal yang terbaharu jenama Benelli iaitu tiga buah model TRK502 dan dua buah model 302R yang digunakan sepanjang jelajah ini berlangsung. Selain daripada menjelajah ke setiap biro BERNAMA, konvoi tersebut juga berkunjung ke cawangan Mforce Bike Holdings di Segambut dan showroom Benelli. Penyerahan motosikal telah disempurnakan oleh Pengurus Besar Mforce Bike Holdings, En Asri Ahmad pada majlis pelancaran dan pelepasan program tersebut di Wisma BERNAMA, Jalan Tun Razak pada 8 Julai 2017 lepas. Flag-off jelajah ini pula telah disempurnakan oleh Pengurus Besar BERNAMA, Datuk Zulkefli Salleh. 







Idemitsu Asia Talent Cup kembali lagi

 Kini tiba masanya untuk separuh kedua musim 2017 bagi cabaran Idemitsu Asia Talent Cup. Litar Antarabangsa Sepang, Malaysia, merupakantempat seterusnya untuk menjadi tuan rumah kepada kejohanan ini buat kali kedua setelah pusingan pertengahan musim terdahulu. Litar MotoGP ini memberikan cabaran yang diperlukan penunggang muda Piala Idemitsu Asia Talent peluang untuk mengenali salah satu litar yang bakal dihadapi mereka yang ingin berlumba di pentas dunia.
 
Piala Idemitsu Asia Talent akan dilangsungkan seiring acara Kejohanan Superbike Malaysia pusingan keempat, dengan dua lagi perlumbaan Sabtu-Ahad yang pasti mempamerkan aksi terbaik pencabar Piala di dua lurusan panjang  memulakan dan mengakhiri setiap pusingan, dan aksi mencucuk angin atau slipstreaming juga akan memainkan peranan penting seiring kemahiran lain yang diperlukan untuk berlumba dengan pelumba muda terbaik lain di benua Asia. Cuaca juga kan mejadi pertimbangan utama di Malaysia dengan suhu yang membakar dan ancaman hujan yang seringkali mengubah percaturan pelumba.


Di puncak kedudukan keseluruhan untuk memasuki pusingan ke empat merupakan pelumba Jepun, Haruki Noguchi, yang memiliki 87 mata untuk memimpin rakan senegara Yuki Kunii di 85. Pelumba Turki Deniz Öncü berada di tempat ketiga, setelah melakukan kemenangan ganda untuk pembuka musim di Buriram, dan akan teruja kembali ke Malaysia untuk membuat satu lagi pungutan mata besar dan mencabar para pemimpin sekali lagi, diikuti Ryusei Yamanaka dengan 70 mata.

Tidak terlalu jauh di belakang mereka merupakan harapan tempatan Azroy Anuar, yang akan mengetuai cabaran tuan rumah. Dia kini menduduki tangga kelima dengan 60 mata yang masih mampu memberikan harapan besar untuk ke tempat teratas.

Tahun lepas, kemenangan di Malaysia telah diraih Andi Farid dan Juara 2016 Somkiat Chantra. Kelas 2017 pasti akan menampilkan pemenang baharu. Ryusei Yamanaka, Gerry Salim dan Can Öncü semuanya telah pernah berada di podium Sepang, begitu juga dengan Deniz Öncü dan Yuki Kunii. Separuh kedua musim bermula sekarang, dan barangkali tiada tempat yang lebih sesuai untuk membuka pintu cabaran getir ini selain Sepang.


 Nantikan aksi mereka hujung minggu ini 29 & 30 Julai 2017!

Givi perkenal produk B32 rekabentuk terkini mereka

Pembuat barangan aksesori motosikal terkemuka dunia berasal dari Itali, GIVI telah memperkenalkan kotak simpanan barangan terbaru untuk pasaran tempatan, Monolock B32 Bold. Monolock adalah sistem yang dipatenkan oleh GIVI khusus bagi kotak bersaiz kecil dan sederhana yang digunakan untuk motosikal yang berkapasiti lebih rendah terutamanya 250cc ke bawah. Media tempatan diraikan di dalam acara ‘Tunggangan Perhargaan Media’ yang bermula dari GIVI Point di Jalan Ipoh, Kuala Lumpur ke Hotel Thistle, Port Dickson sempena pengenalan produk terbaharu ini. Sejumlah besar media permotoran di undang untuk menyertai acara yang julung-julung kali dianjurkan oleh pihak GIVI Asia Sdn Bhd.
Reka bentuk B32 Bold berkapasiti 32liter ini mempamerkan gaya terbaru di dalam pembuatan produk terbaru ini. Seperti sebahagian besar boks GIVI sebelum ini, ‘Polypropylena (PP)’ ialah bahan komponen utama yang digunakan kerana terbukti ianya sangat kukuh dan tahan lama didalam keadaan cuaca terutamanya di Malaysia.

Sistem kunci ‘clack’ terbahru Givi yang igunakan pada kotak ini memudahkan pengguna dengan hanya sekali ‘klik’untuk menutup kotak tersebut tanpa perlu menggunakan kunci. Gabungan pemegang dengan penutup bahagian atas juga memberi kemudahan membuka dan menutup.

‘Rekabentuk kotak bersegi sengaja dipilih untuk B32 Bold ini setelah kajian dalaman kami mendapati ianya lebih diminati pengguna sebagai trend terkini berbanding bentuk bujur seperti kebiasaan. Namun ini bukan bermakna bentuk bujur langsung tidak diminati,’ kata Pengarah Urusan GIVI Asia, On Hai Swee.

Anak Malaysia galas cabaran Pasukan Boon Siew Honda Motorsports


 Anak anak Malaysia, iaitu Pengurus Pasukan Boon Siew Honda (BSH) Motorsports, Zulhelmi bin Ahmad bersama sama pasukan mekaniknya akan menjadi pasukan Malaysia pertama yang menerajui cabaran Honda Team Asia di Perlumbaan Endurance Suzuka 8 Hours “Coca-Cola” ke-40. Perlumbaan Endurance Suzuka 8 Hours “Coca-Cola” ke-40 akan berlangsung pada 28 hingga 30 Julai 2017 ini.


Pasukan Honda Team Asia diwujudkan pada tahun 2012 dengan misi untuk membangunkan sukan permotoran di rantau Asia. Pada tahun pertama penubuhannya, pasukan tersebut diwakili dua penunggang dari Jepun dan seorang dari Malaysia iaitu Azlan Shah Kamaruzaman. Di antara kedua penunggang Jepun tersebut, Makoto Tamada merupakan penunggang lagenda berpengalaman yang telah memenangi perlumbaan MotoGP pada tahun 2004. Pada tahun 2012, mereka melintas garisan penamat pada kedudukan ke-25. Dalam tahun kedua pula, Azlan Shah sekali lagi mewakili pasukan tersebut bersama Tamada dan Yuki Takahashi dan  berjaya meraih tempat ke-6.

Pada tahun 2014 berikutnya Tamada dilantik sebagai pengurus pasukan dengan tiga penunggang masing masing dari Malaysia, Indonesia dan Australia. Mohamad Zamri Baba telah menyertai pasukan tersebut dan berjaya mendapat tempat ke-7 pada perlumbaan tahun berkenaan.

Sebagai Pengurus Pasukan, Tamada memulakan visinya untuk membentuk sebuah pasukan Asia “tulen” yang bukan hanya mempunyai penunggang, tetapi juga membabitkan mekanik serta pengurus dari negara-negara Asia. Sehubungan itu, Tamada telah melantik pasukan Boon Siew Honda untuk menyokong dan melatih mereka secara perlahan-lahan dan kakitangan Boon Siew Honda sebagai pasukan mekaniknya.

Pada tahun 2015, tiga penunggang Asia pasukan berkenaan datang dari Malaysia, Indonesia dan Thailand. Pada kali ini Azlan Shah sekali lagi dijemput menyertai pasukan tersebut, namun mesin perlumbaan mereka berhadapan dengan isu teknikal dan menyebabkan mereka menduduki tangga ke-18. Pada 2016, penunggang Boon Siew Honda, Zaqhwan Zaidi yang juga juara Kejohanan Asian Road Racing (ARRC) kelas SS600 2016, membuat penampilan sulung dalam perlumbaan 8-Hours Endurance dan menerima sokongan kakitangan Boon Siew Honda. Mereka mendapat tempat ke-8 yang merupakan kedudukan tertinggi pernah dicapai oleh sebuah pasukan Honda termasuklah pasukan pengilang mereka.

Pada tahun ini, impian Tamada hampir menjadi realiti apabila beliau memutuskan untuk mengekalkan penunggang yang sama dan melibatkan pengurus pasukan, ketua mekanik dan ketua jurutera data dari BSH untuk menguruskan keseluruhan perlumbaan.

Ia bukan satu keputusan yang mengejutkan memandangkan Tamada mempunyai impian untuk membentuk sebuah pasukan Asia yang bebas dan tidak hanya terhad penunggang sahaja di peringkat antarabangsa sejak memulakan kerjayanya sebagai Pengurus Pasukan di Honda Team Asia Satu HATI pada tahun 2014. Usaha tersebut dibuktikan dengan mewujudkan pasukan penunggang dari Asia pada tahun 2015 untuk bersaing dengan penunggang MotoGP lain dan menerima gelaran Pasukan Honda Terbaik menerusi kemenangan tempat ke-8 pada 2016.

Makoto Tamada juga penunggang motosikal MuSASHi Boon Siew Honda dalam perlumbaan ARRC dan telah bermula dengan Honda Team Asia Satu HATI pada tahun 2012.  Pada 2014, Tamada memutuskan untuk menjadi Pengurus Pasukan Honda Team Asia Satu HATI dan telah menguruskan pasukan berkenaan sehingga penganjuran Perlumbaan Endurance Suzuka 8 Hours “Coca-Cola” yang ke-39. Sebagai Pengurus Pasukan, Tamada memulakan visi untuk mewujudkan sebuah pasukan Asia “tulen” yang melibatkan penunggang, mekanik serta pengurus dari negara-negara Asia.

Pada tahun ini, impiannya tercapai apabila beliau melantik Zulhelmi Ahmad dan pasukannya dari Boon Siew Honda Motorsports Malaysia untuk mengetuai dan menguruskan Satu HATI. Honda Asia Team bagi edisi ke-40 perlumbaan tersebut.
Zulhelmi bersama Ketua Mekanik, Muhammad Zarul Bin Sirat dan Ketua Jurutera Data,  Mohamad Redzuan Bin Kamis merupakan rakyat Malaysia pertama yang dilantik Makoto Tamada untuk mengetuai Honda Team Asia. Pasukan tersebut turut melibatkan penunggang, Zaqhwan Zaidi (MAS), Ratthapong Wilairot (TH), and Dimas Ekky Pratama (IND) yang berjaya menamatkan perlumbaan di tempat ke-8 pada perlumbaan endurance Suzuka pada tahun lalu.

“Ia merupakan satu penghargaan bagi Tamada-san untuk melantik saya sebagai Pengurus Pasukan Honda Asia Team. Kami yakin dalam keputusan yang dibuat beliau, di samping terhadap pasukan penunggang. Oleh itu, kami akan membuat yang terbaik untuk mencapai kejayaan bagi Malaysia dan meletakkan nama BSH ke peringkat yang lebih tinggi dalam arena ini,” kata Zulhelmi.


Ketua Pasukan - Zulhelmi Ahmad
 Pada 2002, Zulhelmi memulakan kerjayanya di perlumbaan Malaysian Cub Prix dan bersara sebagai penunggang profesional untuk BSH pada 2007. Dengan matlamat untuk mengikuti minatnya, beliau menyertai BSH pada tahun 2010 sebagai Koordinator Pasukan Musashi Boon Siew Honda Racing dan telah dinaikkan pangkat sebagai Pengurus Pasukan pada 2016. Kepimpinan dan bimbingan yang diberikan Zulhelmi telah membawa kepada kejayaan peringkat kejuaraan dan podium bagi penunggang tempatan seperti Khairul Idham Pawi, Zaqhwan Zaidi dan Azlan Shah Kamaruzaman.


Sejak beberapa tahun lalu, BSH berminat dalam pembangunan peminat muda sukan permotoran tempatan dengan menyediakan pelbagai platform bagi individu untuk berkembang dan mencapai kejayaan dalam kerjaya sukan permotoran. Mempunyai pasukan tempatan yang bersaing di peringkat antarabangsa merupakan satu pencapaian yang amat dibanggakan BSH. 

“Saya ingin menyatakan rasa terima kasih terhadap BSH kerana menyediakan peluang untuk saya menjadi sebahagian daripada BSH Motorsports. Sejak bertahun-tahun lamanya, BSH memberikan sokongan terhadap kepimpinan dan visi saya sebagai pengurus pasukan dan kami akan memberikan yang terbaik untuk memacu nama BSH di pentas global,” ujar Zulhelmi.

Ketua Mekanik – Muhammad Zarul Bin Sirat
Muhammad Zarul memulakan kerjanya sebagai mekanik Motorcross Malaysia selama tiga tahun sebelum menyertai Boon Siew Honda pada 2009. Dengan pengalaman melebihi 8 tahun sebagai mekanik, Zarul merupakan tulang belakang bagi penunggang MUSASHi Boon Siew Honda Racing Team dalam sukan bermotor dua roda seperti  Suzuka 4 Hours, ARRC 600 serta Suzuka 8 Hours. Minatnya yang mendalam serta komitmen yang diberikan beliau telah membawa penunggang tempatan seperti Emir Firdaus and Zaqhwan Zaidi ke peringkat juara.

 Ketua Jurutera Data – Mohamad Redzuan Bin Kamis @ Johan
Mohamad Redzuan memulakan kerjaya sebagai mekanik bagi Boon Siew Honda sejak tahun 2010. Dengan pengalaman yang dimiliki sebagai mekanik perlumbaan untuk sebuah pasukan peribadi dalam Malaysian Cub Prix, Redzuan telah menjadi salah seorang daripada ahli pasukan mekanik teras yang menyokong MUSASHi Boon Siew Honda Racing Team sejak 7 tahun lalu.

Seperti Muhamad Zarul, beliau telah menyertai pelbagai perlumbaan sukan bermotor dan membantu penunggang seperti Azlan Shah, Zambri Baba dan Zaqhwan Zaidi.