AWAS mungkin menyebabkan anda digantung lesen!


Sekiranya anda melanggar undang undang lalulintas, sistem mata demerit JPJ mungkin menyebadkan anda digantung lesen! Awaslah ketika menunggang atau memandu, terutamanya di musim perayaan ini!

Sistem Mata Demerit ini merupakan Sistem Keselamatan Kesedaran Automatik (AWAS) yang menyatukan Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) dan Sistem Pemberian Mata Demerit Kesalahan Jalan Raya (KEJARA) dan bertujuan untuk meningkatkan kesedaran dan kepatuhan pemandu kenderaan motor terhadap peraturan lalu lintas.

Pemandu yang kerap melakukan kesalahan lalulintas serta mempunyai banyak rekod kesalahan lebih cenderung untuk membahayakan pengguna jalan raya yang lain. Pelaksanaan Sistem Mata Demerit dilihat dapat membendung seseorang pemandu kenderaan motor itu daripada berterusan melakukan kesalahan dan akhirnya menyumbang kepada berlakunya kemalangan serta kehilangan nyawa.

Sistem Mata Demerit ini telah dilaksanakan di beberapa buah Negara termasuk negara-negara maju seperti United Kingdom, Australia, Canada, German, Singapura dan lain – lain yang mana ternyata memberikan kesedaran dan peringatan seterusnya menyumbang kepada penurunan kadar kemalangan dan kematian di jalanraya.

Seseorang pemandu kenderaan motor akan dikenakan mata demerit apabila mereka didapati melakukan kesalahan lalulintas. Mata demerit yang diberikan adalah berdasarkan jenis kesalahan yang telah disabitkan atau yang telah dikompaunkan.





No comments: