Kawasaki Malaysia kenalkan Z125 Pro




Read the English version at the bottom of page

Kawasaki Motors Malaysia kini memperkenalkan motosikal streetfighter kecil mereka, Kawasaki Z125 Pro. Ia nya merupakan sebuah model global yang dilancarkan tahun ini, dan model Z125 yang dinanti-nantikan ini merupakan model yang paling kecil dalam siri motosikal Kawasaki Z.

Kawasaki Z125 Pro ini dikuasai enjin 125cc satu selinder berorientasi mendatar sejukan udara yang dipadankan dengan transmisi manual 4-kelajuan. Ianya mampu menjana 9.5PS kuasa maksimum pada 8000 rpm dan 9.5 Nm tork pada 6000 rpm. Gabungan starter elektrik dan suntikan bahan api memastikan penghidupan mudah. Kapasiti tangki bahan api nya adalah 7.4 liter bagi menjanjikan perjalanan lebih jauh. Kwacker cilik ini hanya seberat 101 kg, dan berukuran 1700mm panjang, 750 mm lebar dan 1005 mm tinggi.
Kawasaki Z125 Pro mewarisi banyak ciri-ciri reka bentuk daripada model Z yang lebih besar. Ia dihiasi lampu tirus yang diilhamkan daripada Z800 dan Z1000 dan mempunyai penghadang depan yang agak besar, hendal tinggi, tangki bahan api yang besar, sambungan tangki sisi dan panel tengah. Sebahagian besar sistem ekzos nya diletakkan padat di bawah jentera ini, dan rekabentuk tangki minyak nya memanjangkan ke bawah. Seperti Z800 dan Z1000, Z125 Pro ini memaparkan pelbagai sis bersegi aerodinamik di bahagian tepi. Seperti yang boleh dijangkakan seperti model siri 'Z' yang lain, lampu amaran berhenti di belakang menyala dengan dua bentuk 'Z' pada kedudukan yang bertentangan antara satu sama lain untuk membentuk satu simetri.

Model motosikal ini memaparkan fork terbalik di bahagian hadapan dan diimbangi gantungan monoshock di belakang. Ia mempunyai gaya yang agresif sebaris dengan siri Z. Kawasaki Z125 Pro in dilengkapi dengan sepasang roda aloi dengan tayar bersaiz 100/90-12 di sebelah depan dan saiz 120/70-12 untuk tayar belakang. Sistem brek cakera dipasangkan pada kedua-dua roda dengan cakera 200 mm di depan dan satu lagi cakera bersaiz 184 mm di bahagian belakang. 

Motosikal ini dihiasi kelompok instrumen analog-digital pada paparan LCD nya. Skrin TFT itu memaparkan tolok bahan api, penunjuk kedudukan gear, odometer, meter perjalanan dan juga jam. Kawasaki Z125 Pro ini ditawarkan dalam dua warna, Candy Lime Green dan Candy Burnt Orange.







Kod pemasaran: BR125H
ENJIN
Jenis Satu selinder 4-lejang sejukan udara
Sesaran 125 cc
Gerek dan lejang 56.0 x 50.6 mm
Nisbah mampatan 9.8: 1
Sistem injap SOHC 2-injap 
Suapan bahan api suntikan bahan api: ø24 mm x 1
Pencucuhan Digital
Penghidup Elektrik
Pelinciran Pelinciran paksa dengan takungan basah

PRESTASI
Kuasa maksimum 7.2 kW {9.8 PS} / 8000 min-1 (MYS)
Tork maksimum 9.6.Nm {0.98 kgf.m} / 6000 min-1 (MYS)

PEMACUAN
Sistem hantaran 4-kelajuan, berulang
Hantaran akhir Rantai
Nisbah pengurangan utama 3,409 (75/22)
Nisbah Gear:
1 3.000 (36/12)
2 1.350 (27/20)
4 1,087 (25/23)
Nisbah pengurangan akhir 2,143 (30/14)
Klac manual dengan cakera basah berbilang

KERANGKA
Jenis Tulang belakang keluli tegangan tinggi
Perjalanan roda depan 100 mm
  belakang 104 mm
Tayar: depan 100 / 90-12 49J
       belakang 120 / 70-12 51L
Sudut raih (caster) 26°
Jejak (trail) 69 mm
Sudut stereng 42° ke kiri / kanan 42°

BREK
Brek depan cakera 200mm
Brel belakang cakera 184mm

SUSPENSI
Gantungan depan fork terbalik ø30 mm
Gantungan Belakang penyerap kejutan tunggal tak selari mendatar dengan spring boleh laras


RODA & TAYAR
Tayar depan 100/90 12
Tayar belakang 120/70 12
Roda depan 12 inci
Roda Belakang 12 inci

DIMENSI, BERAT & KAPASITI
Panjang Keseluruhan 1700 mm
Lebar Keseluruhan 740 mm
Ketinggian Keseluruhan 1005 mm
Berat kasar 101 kg
Kapasiti bahanapi 7.4 liter

Kawasaki brings in the Z125 Pro Pro

Kawasaki Motors Malaysia unveils their little Kwacker, the Z125 Pro. It is a global model launched this year. The highly anticipated Kawasaki Z125 Pro street fighter will be the smallest of the family motorcycle Kawasaki Z series.

Powering the Z125 Pro is an horizontally-oriented 125cc air-cooled single cylinder engine mated to a 4-speed manual transmission that churns out 9.5PS of maximum power at 8000 rpm and 9.5 Nm of torque at 6000 rpm. The combination of an electric starter and fuel injection ensures hassle-
free starting. The fuel tank capacity is 7.4 litres to promise a further reach. The baby Kwacker weighs in at just 101 kg. The little kwacker measures 1700mm in length, 750 mm in width and 1005 mm in height.

The Z125 Pro inherits many of the design traits from the larger Z models.The Z125 Pro features a narrow headlamp inspired from the Z800 and Z1000 and has a fairly large front fender, high mounted handlebar, muscular fuel tank, tank extensions and belly panel. The underbelly exhaust system is placed under the compact machine, while the fuel tank with a raised spoiler extends downwards. Like Z800 and Z1000, Z125 features the array of panelled aerodynamic edge sides. As could be expected, the rear stop lights illuminates two ‘Z’ positioned opposite to each other to form a symmetry.

The bike features inverted forks at the front and off-set monoshock suspension at the rear. The bike features an aggressive styling in line with the Z series. The Kawasaki Z125/Z125pro is equipped with a pair of alloy wheels, 100/90-12 size for front and 120/70-12 size for rear tyre. The bike gets disc brakes at both front and rear, 200 mm up front and 184 mm at the rear.

The bike gets an analog-digital instrument cluster on a LCD display. The TFT screen includes fuel gauge, gear indicator, odometer, trip meter and a clock. The Z125 Pro will be offered in two colours, Candy Lime Green and Candy Burnt Orange.

Marketing code: BR125H
ENGINE
Type Air-cooled, 4-stroke Single
Displacement: 125 cc
Bore and Stroke 56.0 x 50.6 mm
Compression ratio 9.8:1
Valve system SOHC, 2 valves
Fuel system Fuel injection: ø24 mm x 1
Ignition Digital
Starting Electric
Lubrication Forced lubrication, wet sump


PERFORMANCE
Maximum power 7.2 kW {9.8 PS} / 8,000 min-1 (MYS)
Maximum torque 9.6.N.m {0.98 kgf.m} / 6,000 min-1 (MYS)

DRIVETRAIN
Transmission 4-speed, return
Final drive Chain
Primary reduction ratio 3.409 (75/22)
Gear ratios: 
1st 3.000 (36/12)
2nd 1.350 (27/20)
4th 1.087 (25/23) 
Final reduction ratio 2.143 (30/14)
Clutch Wet multi-disc, manual

FRAME

Type Backbone, high-tensile steel
Wheel travel:front 100 mm
    rear 104 mm
Tyre: front 100/90-12 49J
rear 120/70-12 51L
Caster (rake) 26°
Trail 69 mm
Steering angle 42° left/ 42° right


BRAKES

Front Brake: 200mm Disc
Rear Brake: 184mm Disc

SUSPENSION

Front Suspension: ø30 mm inverted fork
Rear Suspension: Offset laydown single-shock with adjustable preload


WHEELS & TYRES

Front Tyre: 100/90 12
Rear Tyre: 120/70 12
Front Wheel: 12-inch
Rear Wheel: 12-inch

DIMENSIONS, WEIGHT & CAPACITIES

Overall Length: 1700 mm
Overall Width: 740 mm
Overall Height: 1005 mm
Kerb/Wet Weight: 101 kg
Fuel Tank Capacity: 7.4L








No comments: