Vespa LT 150 3V IE Jiwa muda serba baru



Pengimport tunggal dan rasmi skuter Vespa di Malaysia iaitu NAZA Premira Sdn Bhd telah memperkenalkan satu lagi ahli baharu kepada keluarga skuter mereka iaitu Vespa LT 150 3V IE. Pelancaran model ini di ibu negara turut dihadiri oleh Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Yang Berhormat Datuk Seri Mustapa Mohamad, Pengerusi Eksekutif Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan NAZA World Datuk Wira Hj. SM Faisal Tan Sri SM Nasimuddin, Pengarah Urusan Piaggio Asia Pacific Ltd Encik Simone Niccolai,  dan Duta Besar Itali ke Malaysia TYT Mario Sammartino.

Vespa sentiasa mengekalkan kesederhanaan dan tetap setia dengan gaya vintaj asal dalam evolusi nya sepanjang 68 tahun lepas.'Jiwa muda' sinonim dengan kualiti deskriptif seperti bertenaga, bergaya, bersemangat dan dinamik. Ciri ciri ini lah yang dipertengahkan dalam modelbaru Vespa LT150 3V IE ini. Ia dikuasakan oleh enjin satu silinder 3-injap suntikan bahan api elektronik sejukan udara, gerek dan lejang baharu, dengan aci-engkol kurang eseran. Versi terbaru daripada model asas Vespa LT 150 ini mengekalkan DNA unik Vespa, telah secara halus dipertingkatkan dan digabungkan dengan teknologi Piaggio terkini untuk memnghasilkan sebuah skuter premium yang inovatif, bergaya dan pilihan yang sesuai sebagai motosikal permulaan untuk pemilik motosikal kali pertama.

Model ini mempunyai pelana dwiwarna dengan logo bersulam Vespa dan juga bendera Itali pada kedua-dua belah sisi sebagai penghormatan kepada akar-umbi Itali nya itu. Penggunaan lampu bulat menyerlahkan lagi garis-lengkungnya, dilengkapi penghadang belakang yang tersembul, alas kaki, dan warna hitam menyerlahkan lagi penutup sisi, cermin pandangan belakang, pelana dan rim.

"Vespa Malaysia telah melalui pertumbuhan yang besar dan semakin popular dalam pasaran Malaysia, dengan lebih ramai orang mengenali jenama ini sebagai produk gaya hidup dan bukan hanya satu cara untuk mobiliti pengangkutan. Jumlah jualan semasa pada tahun 2014 telah mengatasi jumlah jualan sasaran dengan ketara, setelah merekodkan pertumbuhan 250% berbanding 2013," ujar Pengerusi Eksekutif Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan NAZA World, Datuk Wira Haji SM Faisal Tan Sri SM Nasimuddin.

Pada masa ini, Vespa Malaysia mempunyai 18 pengedar diiktiraf di Semenanjung Malaysia yang mematuhi sepenuhnya Identiti Korporat Vespa (CI). NAZA Premira menjemput mana-mana pihak yang berminat untuk menjadi sebahagian daripada rangkaian peniaga Vespa di Semenanjung Malaysia dan Malaysia Timur untuk mengukuhkan lagi kehadiran jenama tempatan.

Vespa Malaysia akan memberi tumpuan kepada pengembanan rangkaian pengedar dan meningkatkan perkhidmatan selepas jualan untuk mewujudkan akses yang mudah bagi jumlah pelanggan Vespa yang semakin berkembang. "Kami bertekad untuk menyediakan akses mudah bagi pemilik Vespa dan juga rakyat Malaysia, kepada jenama yang terkenal di seluruh dunia ini, agar mereka dapat merasai gaya hidup premium Vespa yang seiring dengan pemilikan skuter ini," kata Datuk Wira Haji SM Faisal.

Vespa LT 150 3V IE boleh didapati dalam dua warna (merah dan oren) dan dijual pada harga RM9,888 (harga jualan asas).