Harley-Davidson lancarkan Street 750


Pertama kali muncul pada pameran motor EICMA di Milan , Harley-Davidson Street 750, kini diperkenalkan di Malaysia. Pengenalan model ini telah diadakan di KL Bike Week 2014 pada 19 Disember 2014. 

Street 750 memperoleh enjin dua silinder dalam konfigurasi V-berkembar 60 darjah.
Enjin Revolution X  749 cc memacu jentera ini dengan sistem sejukan cecair . Tindak balas pendikit ditala agar memberikan kuasa lebih lancar dan progresif untuk pengendalian yang memuaskan. Harley-Davidson Street 750 dibekalkan kotak gear enam kelajuan bagi pengendalian yang mudah pada kelajuan rendah dan agihan tork yang lebih baik di keseluruhan julat kitaran enjin, dan dengan hantaran akhir talisawat atau belting.
Harga asas jentera H-D permulaan ini disasarkan sekitar RM56,000 tidak termasuk insurans dan cukai jalan.