Perlumbaan malam Qatar WSBK disahkan

Perlumbaan waktu malam pertama kali bagi Superbike World Championship akan diadakan di litar Losail di Qatar sebagai pusingan terakhir siri musim 2014. 

FIM dan Dorna telah mengesahkan bahawa Qatar akan menjadi tuanrumah acara kemuncak musim 2014 pada 2hb November seperti yang diharapkan. Ini juga akan menandakan kepulangan litar tersebut ke dalam jadual WSBK.Losail pernah menjadi tuan rumah pusingan WSBK antara tahun 2005 dan 2009, bagi perlumbaan siang hari. Acara tahun ini akan menjadi kali pertama pusingan  WSBK diacarakan di bawah lampu limpah, sekaligus membawa WSBK seiring dengan MotoGP, yang mempunyai acara perlumbaan di Qatar yang turut diadakan di bawah sinaran lampu limpah. Acara kemuncak musim ini akan menjadi tuan rumah bagi kedua-dua pusingan WSBK dan WSS akhir. 

FIM dan Dorna juga mendedahkan bahawa pusingan di Afrika Selatan yang  pada awalnya dijadualkan untuk menjadi tuan rumah pusingan kedua terakhir musim ini 2014, telah dibatalkan dan litar gantian sedang diperolehi. Afrika Selatan telah pada asalnya dijadualkan pada 18-19 Oktober, dan pernah menjadi tuan rumah acara WSBK pada tahun 2009 di Kyalami. Litar Phakisa Freeway di Welkom tidak pernah menjadi tuan rumah acara sukan antarabangsa sejak tahun 2004. Walau bagaimanapun FIM dan Dorna kini telah mengesahkan bahawa usaha-usaha untuk mencapai standard yang diperlukan untuk mencapai homologasi perlumbaan yang diperlukan telah gagal dipenuhi. 

Dorna menyatakan ia kini mencari tempat untuk menggantikan acara ini, dan litar Brno di Republik Czech muncul sebagai satu kemungkinan. Sekiranya acara itu tidak diganti, baki musim 2014 akan dipertandingkan melalui hanya tiga lagi pusingan di Jerez, Magny-Cours dan Qatar. Penyingkiran Welkom daripada kalendar 2014 juga berlaku selepas pusingan WSBK Rusia di Moscow Raceway juga dibatalkan akibat daripada konflik yang sedang berlaku di Ukraine. Acara di Rusia itu tidak diganti oleh lokasi lain.