Jati diri Kembara: Ninja 1000 ABS

Ninja 1000 menggantikan abangnya iaitu Z1000SX bagi 2014, dengan peningkatan kuasa, tork dan ciri-ciri dalaman dan luaran. Ciri ciri "Ninja" masih menyerlah, walaupun rupabentuk yang lebih radikal dikhususkan untuk Kawasaki Z1000. 

Perbandingan dengan SX akan memihak kepada Ninja baru, dengan peningkatan dari 136 ke 140hp, dan tork juga telah mengalami kenaikan daripada 76 ft.lbs. ke 82. Dua pemetaan bahan api kini boleh dipilih, samada bagi kuasa penuh ataupun batasan kuasa kepada 70 peratus, untuk membantu memudahkan kawalan di dalam keadaan lalulintas sesak dan keadaan yang licin di waktu hujan. 

Amat lancar dan dengan kuasa yang cukup banyak tanpa mengira RPM, enjin nya begitu responsif dan selesa. Enjin empat sebarisnya berputar senyap ketika tunggangan santai, namun masih menawarkan banyak kuasa seandainya anda ingin memotong kenderaan lain. Pilihan gear telah diolah bagi mendapatkan penyesuaian yang lebih baik untuk keseluruhan julatkuasa (powerband) dengan gear ke-6 kini lebih panjang bagi tunggangan yang lebih santai dan selesa. 

Kawalan cengkaman dan ABS standard kini dibekalkan standard untuk membantu kawalan spektrum prestasi motosikal ini. Salah satu penambahan yang paling besar adalah pilihan dua kotak simpanan atau panniers keras yang membekalkan ruang sebanyak 29 liter. Kawasaki juga telah memasang satu tombol pelarasan pra-bebanan di belakang yang boleh dilaraskan dengan cepat, untuk memudahkan penyesuaian beban berat yang berbeza. Pemegang cekau pembonceng juga telah direka semula untuk memudahkan cengkaman, dan juga sebagai pemegang pannier. 



Tunggang motosikal di lebuh raya, dan gambaran yang jelas akan diperolehi bagi ciri kembara dan sports Ninja ini. Namun begitu ianya sangat sensitif terhadap tekanan tayar dan jika tekanan nya di bawah tahap yang disyorkan, pengendalian motosikal ini pada kelajuan perlahan akan menjadi berat. Panniers yang luas menawarkan banyak ruang simpanan dan mudah untuk dibuka mahupun dikunci. Walaupun berkapasiti besar di kiri kanan, ianya tidak mengganggu pengendalian kerana penirusan kerangka belakang membolehkan ianya dipasang lebih rapat ke dalam dan pengendalian motosikal ini dalam keadaan jalanraya sesak tidak lah bermasalah.

Kawasaki ini sekali lagi mendatangkan satu pakej yang bernilai bagi warisan Ninja dengan Ninja 1000 ABS baru ini. Sebuah jentera serbaguna untuk ke pejabat mahupun bagi perjalanan jauh, ianya mungkin sukar ditandingi oleh pesaingnya dalam perbandingan secara keseluruhan. Ninja 1000 ditawarkan pada harga asas RM83,615.00 dan versi touring yang lengkap dengan panniers pula boleh didapati pada harga RM88,665.00 

Ninja 1000 ABS 
Jenis enjin: Empat-lejang, DOHC, empat selinder sebaris
Sesaran enjin: 1043cc 
Gerek & lejang: 77 mm x 56 mm 
Nisbah mampatan: 11.8: 1 
Penyejukan: Cecair
Sistem bahan api: Keihin 38 mm DFI  Transmisi: enam kelajuan
Hantaran Akhir: Rantai X-ring
Gantungan depan: 41 mm terbalik  
Gantungan belakang: monoshock mendatar
Brek hadapan: Dwi-300mm cakera kelopak dgn angkup 4-omboh monobloc ABS 
Brek belakang: 250 mm cakera-kelopak, angkup omboh tunggal,dengan ABS 
231kg ​​Berat Basah