Paparan lebih baik dengan BikeHUD


BikeHUD kini telah mengambil satu langkah ke hadapan yang penting dengan paparan telus nipis untuk menggantikan  "kacamata" hitam besar yang terdahulu. BikeHUD Adventure, seperti sebelumnya, akan muat dalam mana-mana topi keledar .

Daripada skrin LED diselubungi, BikeHUD Adventure akan menggunakan paparan TFT definisi tinggi LED dipacu teknologi gentian optik. Imej akan dimasukkan ke dalam penglihatan penunggang menggunakan kaca telus cahaya, membuatkan model Adventure ini mampu memberikan penglihatan lebih luas, seperti apa yang anda akan bayangkan daripada sebuah HUD motosikal , berbanding dengan model "Classic" sebelumnya.







SUZUKI LANCARKAN SMASH Fi



Suzuki Assemblers Malaysia Sdn Bhd memperkenalkan SUZUKI SMASH Fi serba baharu, sebuah model kapcai baharu yang berkuasa dan berkarakter dan ianya pasti akan mampu menarik perhatian anda.
Model baharu ini melambangkan sebuah dimensi baru dalam prestasi prima yang digabungkan dengan penjimatan petrol yang luar biasa. SUZUKI SMASH Fi telah direkacipta dengan mengikuti ciri-ciri teknologi Hayabusa, motosikal yang dikenali sebagai sebuah legenda. Setiap komponen telah dinilai semula dan dipertingkatkan untuk mencapai kecekapan optima. Hasilnya adalah sebuah model kapcai yang membayangi prestasi motosikal-motosikal berkuasa tinggi Suzuki. Peningkatan dalam kesemua aspek ini menawarkan kuasa pecutan dan penjimatan petrol yang lebih baik. Model ini juga lebih ringan dan lebih tangkas dengan kekuatan casis yang kukuh untuk pengendalian menakjubkan.
SUZUKI SMASH Fi serba baharu mempunyai pelbagai inovasi dan penambahbaikan.

(1) Suntikan bahan api meningkatkan kuasa dan penjimatan petrol serta menawarkan daya akselerasi yang lebih lancar.
(2) Panel meter bersaiz besar mudah dibaca dan dilengkapi dengan penunjuk kedudukan gear.
(3) Saiz reflektor lampu hadapan dibesarkan sebanyak 100% untuk pancaran yang lebih luas dan cerah.
(4) Lampu belakang model ini jenis ‘cluster’ dengan lampu isyarat berasingan mirip lampu motosikal Suzuki berkuasa tinggi.
(5) Kotak utiliti yang besar bermuatan 8 liter.

 SUZUKI SMASH Fi boleh didapati dengan 3 pilihan warna untuk versi SR dan 2 pilihan warna untuk versi R.
SR dengan pilihan Biru, Hijau & Merah
R dengan pilihan Hijau & Merah




Harga jualan asas untuk SUZUKI SMASH Fi (R) ialah RM4,780.00 dan SUZUKI SMASH Fi (SR) ialah RM4,980. Pandu uji lah SUZUKI SMASH Fi yang canggih di mana mana wakil penjual Suzuki terdekat dengan anda ataupun hubungi Suzuki Assemblers Malaysia Sdn Bhd di talian 04-3977 453 untuk maklumat lanjut. Anda juga boleh layari laman web kami di www.suzuki.com.my

Kawasaki H2R , H2 and Vulcan S launched

BUILT BEYOND BELIEF
The launching point for the development of the Ninja H2R was a strong desire to offer riders something they had never before experienced. Convinced that a truly extraordinary riding experience would not be found on a motorcycle that merely built on the performance of existing models, the design team committed to developing the “ultimate” motorcycle from a clean slate. The bike needed to deliver intense acceleration and an ultra-high top speed, coupled with supersport-level circuit performance. To realise this goal, help was enlisted from other companies in the Kawasaki Heavy Industries (KHI) Group.
Baca: http://salihinr.blogspot.com/2014/12/kawasaki-h2-melangkaui-kebiasaan.html

video