Senarai semak 15 perkara untuk Balik kampung



Pulang bermotosikal bagi musim Hari raya memberikan keseronokan yang tidak boleh ditawarkan kereta atau kenderaan lain. Walaupun ini mungkin rutin biasa bagi kebanyakan orang, salah satu bahaya yang sentiasa tersembunyi tanpa disedari adalah leka daan berpuas hati bahawa keadaan motosikal kita adalah baik.

Tiada dapat dinafikan hakikat bahawa walaupun ia lebih mudah dikendalikan, motosikal adalah lebih berbahaya daripada memandu kereta. Motosikal kurang menawarkan perlindungan untuk penunggangnya, apatah lagi bagi sesetengah pemilik motosikal yang memilih untuk tidak memakai peralatan keselamatan seperti topi keledar. Walau bagaimana mahir pun anda menunggang, dan dilengkapi dengan perlindungan keselamatan, kesilapan pengguna jalanraya yang lain mampu membawa kepada keadaan yang boleh membawa maut.

Sistem pemeriksaan popular digunakan oleh Yayasan Keselamatan Motosikal Amerika Syarikat dipanggil T-CLOCS. Ia bermaksud "Tayar, kawalan, lampu, minyak, casis, tongkat." Di bawah ini merupakan beberapa elemen penting untuk memastikan keselamatan motosikal anda bagi perjalanan jauh ke kampung halaman anda.


1. Brek belakang: Adalah penting untuk memastikan bahawa brek anda berfungsi dengan baik. Periksa takungan cecair brek belakang, dan isi semula jika perlu.
2. Kekenduran rantai: rantai yang longgar boleh tergelincir dari gegancu, membawa kepada keadaan yang tidak diingini, begitu juga rantai yang terlebih tegang. Pastikan kekenduran yang betul, dan gegancu tidak haus.
3. Gantungan/suspensi belakang harus berada dalam keadaan yang baik. Periksa jika spring gegelung atas gantungan tersebut telah pecah atau retak, dan laraskan gantungan anda mengikut beban.
4 Roda mestilah bulat dan tidak bengkok atau cacat. Apa-apa kecacatan akan menjejaskan pengendalian dan kawalan.
5. Lampu dan isyarat/signal mesti bekerja. Sebagaimana ianya penting untuk membantu penglihatan anda, sama juga penting bagi membolehkan orang lain melihat anda.
6. Nat dan skru mestilah diikat kemas supaya bahagian bahagian motosikal tidak jatuh dan/atau gagal.
7. Hendal mesti selaras dan lurus, tidak salah jajar, ketat atau senget untuk memastikan kawalan yang baik.
8. Kilasan kawalan pendikit mestilah licin dan tidak tersangkut: tanda-tanda kabel berjumbai. Periksa jika perlu.
9. Cermin pandangan belakang mesti tetap, dan tidak retak atau bergetar secara berlebihan, untuk memberikan pandangan yang baik tentang apa yang berlaku di belakang anda.
10. Brek depan: sama-sama kritikal untuk kuasa hentian anda. Periksa takungan cecair brek pada hendal, dan isi semula cecair yang perlu.
11. Hon: penting untuk memberi amaran tentang kehadiran anda kepada pengguna jalan raya yang lain.
12. Gantungan hadapan seharusnya berada di dalam keadaan yang baik untuk memastikan pengendalian yang selamat.
13. Pengurusan enjin: jalankan diagnostik enjin dan servis biasa.
14: Tayar yang haus akan kurang cengkaman di jalan raya dan kurang cengkaman dalam keadaan basah. Periksa tekanan tayar yang betul.
15. Pelincir: semak selang pertukaran pelincir dan aras pelincir bagi memastikan ianya mencukupi.
Selamat Hari Raya, dan mempunyai perjalanan selamat balik kampung.

No comments: