Bosch MSC anti lowside





Sistem bantuan tunggangan elektronik seperti kawalan cengkaman dan ABS kini semakin meningkatkan kemampuan motosikal model bagi menambahbaik tahap keselamatan motosikal masakini. Jentera baru seperti KTM 1190 Adventure R kini dilengkapi sistem Kawalan Kestabilan Motosikal(MSC) Bosch
yang merupakan lanjutan daripada sistem pakej Bosch 9 + ME ABS yang canggih.

Kesemua sistem ini menggunakan pelbagai sensor atau pengesan yang mampu membaca dinamik atau 'perangai' motosikal pada satu satu masa, seperti kelajuan, pecutan, kuasa brek, sudut sendeng dan juga gelongsoran (yaw). Sistem Bosch MSC kini mampu membantu penunggang mengawal motosikal ketika membrek di dalam selekoh dan mengelakkan motosikal mereka menggelongsor (lowside) akibat membrek roda hadapan secara berlebihan. Ini merupakan evolusi terkihni dalam teknologi brek anti-gelongsor (anti-lowside).
Sistem Bosch MSC ini mempunyai pelbagai kelebihan berbanding sistem ABS tradisional, kerana ia mampu menghalang roda daripada tergelincir semasa membrek ketika menyendengkan motosikal. Ini juga menghalang motosikal dari menegak sendiri ketika brek ditekan, dan menghalang motosikal terguling ketika membrek kecemasan.

Sistem ini juga mampu mengelakkan gelinciran roda belakang apabila memecut keluar dari selekoh, sekaligus mengelakkan roda depan dari terangkat pabila memecut keras.

KTM merupakan syarikat pertama yang memasang sistem Bosch MSC ini pada motosikal 1190 Adventure mereka, dan kini ianya juga telah digunakan oleh BMW untuk motosikal HP4 terbaru mereka dengan menggelarnya sebagai sistem ABS Pro.

No comments: