Jati diri Kembara: Ninja 1000 ABS

Ninja 1000 menggantikan abangnya iaitu Z1000SX bagi 2014, dengan peningkatan kuasa, tork dan ciri-ciri dalaman dan luaran. Ciri ciri "Ninja" masih menyerlah, walaupun rupabentuk yang lebih radikal dikhususkan untuk Kawasaki Z1000. 

Perbandingan dengan SX akan memihak kepada Ninja baru, dengan peningkatan dari 136 ke 140hp, dan tork juga telah mengalami kenaikan daripada 76 ft.lbs. ke 82. Dua pemetaan bahan api kini boleh dipilih, samada bagi kuasa penuh ataupun batasan kuasa kepada 70 peratus, untuk membantu memudahkan kawalan di dalam keadaan lalulintas sesak dan keadaan yang licin di waktu hujan. 

Amat lancar dan dengan kuasa yang cukup banyak tanpa mengira RPM, enjin nya begitu responsif dan selesa. Enjin empat sebarisnya berputar senyap ketika tunggangan santai, namun masih menawarkan banyak kuasa seandainya anda ingin memotong kenderaan lain. Pilihan gear telah diolah bagi mendapatkan penyesuaian yang lebih baik untuk keseluruhan julatkuasa (powerband) dengan gear ke-6 kini lebih panjang bagi tunggangan yang lebih santai dan selesa. 

Kawalan cengkaman dan ABS standard kini dibekalkan standard untuk membantu kawalan spektrum prestasi motosikal ini. Salah satu penambahan yang paling besar adalah pilihan dua kotak simpanan atau panniers keras yang membekalkan ruang sebanyak 29 liter. Kawasaki juga telah memasang satu tombol pelarasan pra-bebanan di belakang yang boleh dilaraskan dengan cepat, untuk memudahkan penyesuaian beban berat yang berbeza. Pemegang cekau pembonceng juga telah direka semula untuk memudahkan cengkaman, dan juga sebagai pemegang pannier. 



Tunggang motosikal di lebuh raya, dan gambaran yang jelas akan diperolehi bagi ciri kembara dan sports Ninja ini. Namun begitu ianya sangat sensitif terhadap tekanan tayar dan jika tekanan nya di bawah tahap yang disyorkan, pengendalian motosikal ini pada kelajuan perlahan akan menjadi berat. Panniers yang luas menawarkan banyak ruang simpanan dan mudah untuk dibuka mahupun dikunci. Walaupun berkapasiti besar di kiri kanan, ianya tidak mengganggu pengendalian kerana penirusan kerangka belakang membolehkan ianya dipasang lebih rapat ke dalam dan pengendalian motosikal ini dalam keadaan jalanraya sesak tidak lah bermasalah.

Kawasaki ini sekali lagi mendatangkan satu pakej yang bernilai bagi warisan Ninja dengan Ninja 1000 ABS baru ini. Sebuah jentera serbaguna untuk ke pejabat mahupun bagi perjalanan jauh, ianya mungkin sukar ditandingi oleh pesaingnya dalam perbandingan secara keseluruhan. Ninja 1000 ditawarkan pada harga asas RM83,615.00 dan versi touring yang lengkap dengan panniers pula boleh didapati pada harga RM88,665.00 

Ninja 1000 ABS 
Jenis enjin: Empat-lejang, DOHC, empat selinder sebaris
Sesaran enjin: 1043cc 
Gerek & lejang: 77 mm x 56 mm 
Nisbah mampatan: 11.8: 1 
Penyejukan: Cecair
Sistem bahan api: Keihin 38 mm DFI  Transmisi: enam kelajuan
Hantaran Akhir: Rantai X-ring
Gantungan depan: 41 mm terbalik  
Gantungan belakang: monoshock mendatar
Brek hadapan: Dwi-300mm cakera kelopak dgn angkup 4-omboh monobloc ABS 
Brek belakang: 250 mm cakera-kelopak, angkup omboh tunggal,dengan ABS 
231kg ​​Berat Basah

































Bosch MSC anti lowside





Sistem bantuan tunggangan elektronik seperti kawalan cengkaman dan ABS kini semakin meningkatkan kemampuan motosikal model bagi menambahbaik tahap keselamatan motosikal masakini. Jentera baru seperti KTM 1190 Adventure R kini dilengkapi sistem Kawalan Kestabilan Motosikal(MSC) Bosch
yang merupakan lanjutan daripada sistem pakej Bosch 9 + ME ABS yang canggih.

Kesemua sistem ini menggunakan pelbagai sensor atau pengesan yang mampu membaca dinamik atau 'perangai' motosikal pada satu satu masa, seperti kelajuan, pecutan, kuasa brek, sudut sendeng dan juga gelongsoran (yaw). Sistem Bosch MSC kini mampu membantu penunggang mengawal motosikal ketika membrek di dalam selekoh dan mengelakkan motosikal mereka menggelongsor (lowside) akibat membrek roda hadapan secara berlebihan. Ini merupakan evolusi terkihni dalam teknologi brek anti-gelongsor (anti-lowside).
Sistem Bosch MSC ini mempunyai pelbagai kelebihan berbanding sistem ABS tradisional, kerana ia mampu menghalang roda daripada tergelincir semasa membrek ketika menyendengkan motosikal. Ini juga menghalang motosikal dari menegak sendiri ketika brek ditekan, dan menghalang motosikal terguling ketika membrek kecemasan.

Sistem ini juga mampu mengelakkan gelinciran roda belakang apabila memecut keluar dari selekoh, sekaligus mengelakkan roda depan dari terangkat pabila memecut keras.

KTM merupakan syarikat pertama yang memasang sistem Bosch MSC ini pada motosikal 1190 Adventure mereka, dan kini ianya juga telah digunakan oleh BMW untuk motosikal HP4 terbaru mereka dengan menggelarnya sebagai sistem ABS Pro.

Senarai semak 15 perkara untuk Balik kampung



Pulang bermotosikal bagi musim Hari raya memberikan keseronokan yang tidak boleh ditawarkan kereta atau kenderaan lain. Walaupun ini mungkin rutin biasa bagi kebanyakan orang, salah satu bahaya yang sentiasa tersembunyi tanpa disedari adalah leka daan berpuas hati bahawa keadaan motosikal kita adalah baik.

Tiada dapat dinafikan hakikat bahawa walaupun ia lebih mudah dikendalikan, motosikal adalah lebih berbahaya daripada memandu kereta. Motosikal kurang menawarkan perlindungan untuk penunggangnya, apatah lagi bagi sesetengah pemilik motosikal yang memilih untuk tidak memakai peralatan keselamatan seperti topi keledar. Walau bagaimana mahir pun anda menunggang, dan dilengkapi dengan perlindungan keselamatan, kesilapan pengguna jalanraya yang lain mampu membawa kepada keadaan yang boleh membawa maut.

Sistem pemeriksaan popular digunakan oleh Yayasan Keselamatan Motosikal Amerika Syarikat dipanggil T-CLOCS. Ia bermaksud "Tayar, kawalan, lampu, minyak, casis, tongkat." Di bawah ini merupakan beberapa elemen penting untuk memastikan keselamatan motosikal anda bagi perjalanan jauh ke kampung halaman anda.


1. Brek belakang: Adalah penting untuk memastikan bahawa brek anda berfungsi dengan baik. Periksa takungan cecair brek belakang, dan isi semula jika perlu.
2. Kekenduran rantai: rantai yang longgar boleh tergelincir dari gegancu, membawa kepada keadaan yang tidak diingini, begitu juga rantai yang terlebih tegang. Pastikan kekenduran yang betul, dan gegancu tidak haus.
3. Gantungan/suspensi belakang harus berada dalam keadaan yang baik. Periksa jika spring gegelung atas gantungan tersebut telah pecah atau retak, dan laraskan gantungan anda mengikut beban.
4 Roda mestilah bulat dan tidak bengkok atau cacat. Apa-apa kecacatan akan menjejaskan pengendalian dan kawalan.
5. Lampu dan isyarat/signal mesti bekerja. Sebagaimana ianya penting untuk membantu penglihatan anda, sama juga penting bagi membolehkan orang lain melihat anda.
6. Nat dan skru mestilah diikat kemas supaya bahagian bahagian motosikal tidak jatuh dan/atau gagal.
7. Hendal mesti selaras dan lurus, tidak salah jajar, ketat atau senget untuk memastikan kawalan yang baik.
8. Kilasan kawalan pendikit mestilah licin dan tidak tersangkut: tanda-tanda kabel berjumbai. Periksa jika perlu.
9. Cermin pandangan belakang mesti tetap, dan tidak retak atau bergetar secara berlebihan, untuk memberikan pandangan yang baik tentang apa yang berlaku di belakang anda.
10. Brek depan: sama-sama kritikal untuk kuasa hentian anda. Periksa takungan cecair brek pada hendal, dan isi semula cecair yang perlu.
11. Hon: penting untuk memberi amaran tentang kehadiran anda kepada pengguna jalan raya yang lain.
12. Gantungan hadapan seharusnya berada di dalam keadaan yang baik untuk memastikan pengendalian yang selamat.
13. Pengurusan enjin: jalankan diagnostik enjin dan servis biasa.
14: Tayar yang haus akan kurang cengkaman di jalan raya dan kurang cengkaman dalam keadaan basah. Periksa tekanan tayar yang betul.
15. Pelincir: semak selang pertukaran pelincir dan aras pelincir bagi memastikan ianya mencukupi.
Selamat Hari Raya, dan mempunyai perjalanan selamat balik kampung.

Kawasaki Z 250 SL Super ringan dilancar



Kawasaki Motors Malaysia Sdn Bhd kini menampilkan satu lagi model untuk barisan Supernaked agresif siri Z nya dengan model Kawasaki Z250SL. Ia dikuasai enjin satu selinder 249cc 4-lejang yang didokong kerangka trellis tersendiri dari Kawasaki. Z terbaru ini menawarkan prestasi sport dalam satu pakej yang langsing, padat dan ringan.

Kawasaki Z250SL ini reka untuk tunggangan komuter dalam bandar bercirikan sports, dan merupakan alternatif kepada Z250 sedia ada, sebagai sebuah jentera berkemampuan perlumbaan yang lebih ringan selain menawarkan ciri ciri kompetitif sebuah Ninja iaitu prestasi, ketangkasan, pengendalian lincah dan ergonomik agresif - satu gabungan ciri ciri yang mampu menggamit tolehan sewaktu tunggangan anda dalam bandar.

Supernaked bergaya langsing dan seksi ini mengekalkan gaya 'Z' dengan bahagian ramping di tengah memberikan keterampilan motosikal yang dinamik. Bahagian panel badan nya dipasang rapat dan padat agar menepati keterampilan kemas dan tirus. Paparan instrumentasi digital yang sporti menghiasi bahagian tengah yang di dokong hendal rata dan lebar bagi membolehkan penampilan dan gaya-tunggang agresif.
Enjin satu selinder 249 cc 4-lejang, DOHC 4-injap suntikan bahanapi sejukan cecair nya menjanjikan tork bertenaga pada julat rendah dan pertengahan, namun amat selesa untuk berputar pantas bagi menghasilkan kuasa pada rpm tinggi untuk pecutan yang unggul. Enjin satu silinder 4-lejang Z250SL menawarkan prestasi sporti dalam pakej yang tirus, ringan dan padat. Ia menghasilkan dayakilas pertengahan yang amat memuaskan, dan mampu berputar dengan cepat untuk mencapai tahap rpm yang tinggi, di mana enjin nya benar-benar berupaya. Julat rpm tinggi menyampaikan kuasa yang kuat dan meningkat dengan baik tanpa turun mendadak. Seperti Ninja 250SL, setiap kilasan pendikit menghasilkan lonjakan pecutan yang memuaskan bagi menujah motosikal dan penunggang ke hadapan.

Bingkai trellis rekabentuk tersendiri yang lansing dan padat direka khusus bagi menghasilkan casis se ringan 148 kg. Jentera ini didokong sistem gantungan sport dengan sistem hubungan gantungan belakang jenis Kawasaki Uni-Trak. Ia nya pula disesuaikan dengan tayar yang lansing (depan: 100 mm, belakang: 130 mm) untuk turut menyumbang kepada pengendalian tajam dan lincah sambil memastikan kestabilan hebat.

Sama seperti Ninja 250SL, gaya Supernaked agresif Z250SL ini kekal meniti reka bentuk tema "langsing dan seksi". Penampilan pinggang yang ramping nya menghasilkan rekabentuk motosikal yang yang dinamik. Setiap bahagian motosikal ini telah direka sepadat mungkin, dan dipasang bertaut
serapat yang mungkin kepada kerangka untuk mengukuhkan lagi reka bentuk tirus motosikal ini serta menambah penampilan berkualiti tinggi nya.

Z250SL ini mengekalkan pengendalian ringan dan watak lincah Ninja 250SL dengan kedudukan menunggang yang lebih tegak dan hendal yang lebih luas bagi posisi menunggang yang sesuai untuk kawalan aktif dan memudahkan penunggangan sport yang dinamik. Di bantu oleh enjin berasaskan Ninja dan casis prestasi, penunggang Z250SL akan mampu mengendalikannya dalam lalu lintas bandar dengan cekap.

Antara ciri ciri utama Z250SL
Gaya Supernaked Z yang Agresif
Reka bentuk dinamik gaya ramping dilengkapkan oleh keterampilan ultra ringan hasil dari ketelitian rekaan panel badan bertaut rapat dan kerangka trellis tersendiri.
Ergonomik Supernaked
Satu pakej keseluruhan yang tirus, gaya hendal yang rata dan luas meletakkan penunggang dalam kedudukan yang ideal untuk kawalan aktif.

Instrumentasi digital sepenuhnya
Panel instrumen digital sepenuhnya memberikan rupabentuk kokpit yang moden,

Kerangka trellis tersendiri
Kerangka jenis trellis menghasilkan pakej yang tirus, ringan dan padat yang menyumbang kepada pengendalian lincah.

Tupang hadapan teleskopik 37 mm
Tupang teleskopik 37 mm menyumbang kepada kestabilan, kelincahan dan pengendalian ringan.
Casis ringan
Z250SL adalah seberat 148 kg, hampir 20kg lebih ringan daripada Z250 terdahulu. Keringanan ini banyak menyumbang kepada pengendalian lincah motosikal ini.

Roda ringan dengan tayar langsing
Roda sports 10-jejari dilengkapi dengan tayar langsing yang dipilih untuk pengendalian lincah motosikal ini.

Sistem gantungan belakang Uni-Trak
Hubungan gantungan belakang Uni-Trak tersendiri dari Kawasaki memastikan perjalanan lancar dan pengendalian stabil dalam pelbagai kelajuan dan keadaan jalan raya.

Penutup Kipas Radiator
Rekaan berpaten penutup untuk kipas radiator mengarahkan haba enjin haba ke bawah dan jauh dari penunggang untuk keselesaan tambahan.

Brek cakera berkelopak
Brek cakera berkelopak depan dan belakang menyampaikan kuasa hentian yang kuat, mudah dan kelihatan lebih sporti.
Penghidup Elektrik
Penghidupan enjin dimudahkan dengan suntikan bahan api dan penghidup elektrik.

Suntikan bahan api
Penyuntik bahanapi menghasilkan kabus bahanapi yang halus bagi penghantaran bahan api yang sesuai di semua julat rpm.
Enjin satu selinder 249 cm3 4-lejang sejukan cecair
Enjin satu silinder yang menawarkan prestasi sporti tangkas berputar dalam pakej yang tirus, ringan dan padat, bagi hantaran kuasa yang lancar dan responsif pada rpm rendah dan sederhana dan penuh tujahan kuasa pada rpm tinggi.

Tudung lampu depan baru merupakan salah satu daripada unsur-unsur gaya utama reka bentuk agresif Z250SL ini. Reka bentuk lampu depan tunggal dan sporti menyumbang kepada imej tirus motosikal ini. Lampu depan berbilang reflektor ini memancarkan jalur cahaya yang jelas bagi memudahkan penglihatan waktu malam.

Tangki bahan api nya yang tirus direka kembang di sisi dan menurun ke hadapan bagi menampilkan lagi reka bentuk Supernaked agresif. Konsol peralatan digital sepenuhnya memberikan paparan maklumat, termasuk graf-bar tachometer digital, meter kelajuan digital, odometer, dua rekod jarak perjalanan, jam, dan tolok bahan api. Cahaya latar meter berwarna amber menyumbang kepada imej Z dan memudahkan bacaan instrumen pada waktu malam.

Kawasaki Z250SL ini didatangkan dalam dua warna menarik iaitu Hitam dan juga Oren , pada harga asas RM15,739.00

Perbezaan antara dua model parallel twin dan enjin mono silinder.
Kawasaki Z250 vs Kawasaki Z250SL

Model              Kawasaki Z250                                                        Kawasaki Z250SL
Enjin                4-stroke liquid-cooled Parallel Twin                            4-stroke liquid-cooled single cylinder
Valve system    DOHC, 4 valve per cylinder                                       DOHC, 4 valve per cylinder
Displacement    249 cc                                                                             249cc
Max torque        21.0 Nm @ 10,000 rpm                                              22.6Nm @ 8,200RPM
Max power        31.5hp @ 11,000rpm                                                  27.6 BHP @ 9700 RPM
Berat                   168 kg                                                                            148 kg 

SPESIFIKASI BR250E/F
ENJIN
Jenis: sejukan cecair, 4-lejang Satu Selinder
Sesaran: 249 cm3
Gerek dan Lejang: 72.0 x 61.2 mm
Nisbah mampatan: 11.3:1
Sistem injap: DOHC, 4 injap
Sistem bahan: api Suntikan bahan api: ΓΈ38 mm x 1
Pencucuhan: Digital
Penghidup: Elektrik
Pelinciran: Pelinciran paksa, bah basah
Jenis Kerangka: Tiub Berlian
Perjalanan roda: depan 110 mm belakang 116 mm
Tayar: hadapan 100/80-17M/C 52s
belakang 130/70-17M/C 62S
Sudut condong 24 darjah
Jarak 90 mm
Sudut kemudi (kiri / kanan) 36/36

PACUAN
Penghantaran: 6-kelajuan, ulangan
Hantaran akhir: Rantai
Nisbah pengurangan utama: 2.800 (84/30)
Nisbah gear: 1 3.000 (33/11)
2 1,933 (29/15)
3 1,444 (26/18)
4 1,217 (28/23)
5 1.045 (23/22)
6 0,923 (24/26)
Nisbah pengurangan akhir: 3.000 (42/14)
Klac: Basah berbilang-cakera, manual
GANTUNGAN
depan: 37 mm Jenis teleskopik garpu
Belakang: Jenis Uni-Trak
Pra-bebanan Spring: 5-tahap

BREK
Depan: Cakera 290 mm angkup dwi-omboh
Belakang: Cakera cakera 220 mm angkup dwi-omboh

PRESTASI
Kuasa maksimum : 20.6 kW {28} PS / 9,700 rpm
Tork maksimum : 22.6 Nm {2.3 kgf.m} / 8,200 rpm
DIMENSI
Panjang keseluruhan : 1,935 mm
Lebar keseluruhan : 700 mm
Ketinggian keseluruhan : 1,015 mm
Jarak roda : 1,330 mm
Kelegaan bumi : 180 mm
Ketinggian tempat duduk : 785 mm
Berat 148 kg
kapasiti bahan api : 11 liter
















Pesawat Malaysia Airlines MH17 dilaporkan terhempas di Ukraine

Pesawat Malaysia Airlines 9M-MRD yang dilaporkan terhempas

KUALA LUMPUR: Malaysia Airlines (MAS) dijadual mengadakan satu sidang media pada pukul 4 pagi di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur, Sepang ekoran laporan dari Pusat Kawalan Udara di Ukraine yang mengesahkan pesawat MH17 terputus hubungan pada kira-kira 1415 (GMT)  dari waypoint Tamak, sekitar 50km dari sempadan Ukraine dan Rusia.

Pesawat Boeing 777 berlepas dari Amsterdam pada 12.15 tengahari (masa Amsterdam) dan sepatutnya tiba di Kuala Lumpur pada pukul 6.10 pagi Jumaat.

Terdahulu, pesawat Malaysia Airlines MH17 dikatakan terhempas di Ukraine, lapor Reuter.

Memetik sumber industri penerbangan, laporan tersebut menyatakan pesawat dalam penerbangan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur.

Pesawat membawa 280 penumpang dan 15 anak kapal.

Dalam pada itu, sebuah pusat operasi telah dibuka dan akan beroperasi 24 jam di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak melahirkan rasa terkejut dengan kejadian yang dilaporkan menimpa pesawat Boeing 777 milik Malaysia Airlines (MAS) penerbangan MH17.

Perdana Menteri menerusi akaun Twitternya berkata, kerajaan akan menyiasat segera kejadian tersebut.

Antara Gambar Terawal tapak terhempas


Erik Buell Racing 1190SX model 2015







Pihak Erik Buell Racing pada awalnya  enggan mengulas apa-apa secara khusus tentang model 1190SX  streetfighter apabila ianya muncul pertama kali dahulu. Kini  beberapa maklumat mula timbul,  malah kita kini tahu bahawa EBR 1190SX model 2015 tidak akan mempunyai enjin v-twin yang dikurangkan kuasanya daripada superbike EBR 1190RX. Seperti yang diharapkan , kita boleh menjangkakan 185hp dan  101 lbkaki tork akan dijana motosikal baru tersebut.

Selain itu, EBR 1190SX akan dijual di Amerika Syarikat dengan $16,995 , lebih mahal dari Aprilia TUONO V4 R APRC ABS ($ 14,999) dan BMW S1000R ($ 13,150 - $ 14,950), namun setanding harga dengan KTM 1290 Super Duke R ($ 16,999).

Dengan kuasa 185hp,  EBR 1190SX  mempunyai kuasa  paling tinggi dalam segmen streetfighter. Bukan sahaja ini membolehkan EBR untuk meletakkan harga premium pada model 1190SX, tetapi ia juga menjimatkan kos bagi jenama tesebut sementara ianya tumbuh dan meningkatkan pengeluaran dari segi jumlah unit.

EBR 1190SX 2015  didatangkan tanpa pilihan ABS, dan Erik Buell Racing tidak menyebut sistem kawalan cengkaman (traction control) - dua  teknologi utama yang terdapat pada pesaing 1190SX ini.

Dengan EBR 1190RX didatangkan dengan kawalan cengkaman, ia merupakan satu kejutan  bila ianya tidak dipasang pada model streetfighter itu. Sama ada ini merupakan satu keputusan pengeluaran, atau hanya satu lagi maklumat yang masih dirahsiakan, masih belum dapat nilai sejauh mana kebenarannya.


Erik Buell Racing 1190SX 2015 ini  boleh didapati di USA pada awal bulan Julai, dalam skim warna merah, putih, dan hitam. Setakat ini, belum ada syarikat Malaysia yang membayangkan minat dalam motosikal Amerika ini.

CDM25 : insiden yang menunjukkan sikap pemandu masakini?

 Video yg ternyata sedang viral masakini, memaparkan seorang perempuan mengamuk dan bersikap agresif kerana kereta baru nya dilanggar.







Superbike berkuasa jet


MTT Turbine Superbike, juga dikenali sebagai Y2K Turbine Superbike, merupakan motosikal yang dikuasaki oleh enjin turboshaft. Apabila Presiden MTT, Ted Mclntyre membuat keputusan untuk menambah motosikal untuk barisan model motosikal syarikatnya, beliau melantik Kristian Travert, bekas pelumba basikal, untuk mengetuai projek ini.

Jentera ini dikuasakan oleh enjin helikopter jenis turbin gas Rolls-Royce Allison-Model 250  yang mampu menghasilkan 320 shp (240 kW) pada 6,000 rpm.Tidak seperti beberapa motosikal berkuasa jet sebelum ini yang menggunakan enjin jet besar untuk keasa tujahan terus, enjin turboshaft pada model ini memacu roda belakang melalui kotak gear dua kelajuan dengan hantaran akhir rantai. Enjin yang digunakan mampu menggunakan diesel dan juga bahan api jet.


Pada tahun 2008, MTT berhasrat untuk mengeluarkan satu lagi model yang lebih kuat iaitu model "Streetfighter," dengan 420 hp(310 kW) daripada enjin Allison 250-20b, tetapi ia tidak pernah dihasilkan.

Oleh kerana kuasanya disalurkan melalui melalui sistem penghantaran 3 kelajuan Toyota yang dipasang pada sudut serong, kehilangan kuasa adalah agak tinggi dan motosikal ini hanya mampu menyalurkan sekitar 270hp pada roda belakang. Motosikal ini tidak mampu mencapai kelajuan yang hampir dengan 250mph.

http://youtu.be/TnUO7KGAC1s