Pusat Motosikal Pra-milik Harley-Davidson dibuka di KL

Harley-Davidson Kuala Lumpur (H-DKL) telah melancarkan Pusat Motosikal Pra milik Harley-Davidson secara rasmi pada 15 Januari 2013. Pembukaan Pusat Motosikal Pra-milik telah diumumkan oleh Datuk Wira SM Faisal Tan Sri SM Nasimuddin, Pengerusi Eksekutif Bersama Kumpulan Naza Group of Companies. Ianya terletak di belakang bilik pameran utama Harley-Davidson di Petaling Jaya. "Pusat ini menyediakan alternatif untuk peminat Harley yang berkeinginan untuk memiliki motosikal Harley-Davidson yang menarik dari segi harga, dan yang telah mellalui beberapa pengembaraan dan siap sedia untuk banyak lagi. Peminat Harley mengetahui bahawa motosikla ini telah disayangi, dan bukannya hanya setakat pernah dimiliki," kata Datuk Wira SM Faisal Tan Sri SM Nasimuddin.

Pusat Motosikal Pra-milik Harley-Davidson adalah satu platform nilai tambah yang memudahkan tukar-beli motosikal Harley-Davidson oleh pelanggan-pelanggan sedia ada yang ingin menaik-taraf kepada model yang baru atau berbeza. Motosikal Harley ini akan menjadi 'penghuni sementara di pusat menunggu in yang menanti pemilik baru', diperiksa dan dikawal oleh pasukan profesional juruteknik terlatih Harley-Davidson. Harley-Davidson menyasarkan jumlah jualan motosikal sebanyak 600 unit untuk 2013, dengan jualan motosikal pra-milik Harley-Davidson menyumbang sebanyak 100 unit daripada jumlah jualan tersebut.

Semua unit pra-milik adalah unit tulen tempatan (disesuaikan dengan keadaan tempatan) dan datang dengan spesifikasi tinggi (dinaik taraf sistem ekzos, perisai angin, beg pelana dan lain-lain), perbatuan rendah, jaminan kilang (yang mana berkenaan) dan penyelenggaraan perkhidmatan percuma (yang mana berkenaan). Unit pra-milik terdiri dari unit yang ditukar-beli, unit demo serta unit yang digunakan untuk acara-acara promosi. Pusat ini turut dilengkapi dengan alat-alat yang sesuai dan peralatan yang diluluskan oleh Syarikat Harley-Davidson Motor, dan menawarkan pelbagai alat ganti dan aksesori pada diskaun istimewa.

Pembeli unit pra-milik tidak hanya layak untuk menjadi ahli rasmi HOG sepenuhnya bagi menikmati kehidupan mewah dan pengembaraan, tetapi juga akan menikmati keistimewaan tambahan selepas jualan seperti perkhidmatan bantuan kecemasan percuma, dan juga khidmat pembaikan semasa lawatan bulanan H-DKL perkhidmatan klinik ke Utara, Pantai Timur, dan Selatan Malaysia, serta Sabah dan Sarawak.

"Harley-Davidson Kuala Lumpur memahami dan amat menghargai nilai seni dan teknikal motosikal Harley-Davidson dan sentiasa memastikan kualiti setiap motosikal. Pelanggan yang membuat pembelian di Pusat Motosikal Pra-milik Harley-Davidson akan selesa mengetahui bahawa pelaburan mereka bukan setakat memiliki sebuah motosikal spesifikasi tinggi, tetapi juga gaya hidup yang mengiringi pemilikan Harley, serta manfaat perkhidmatan yang kami sediakan, "tambah Datuk Wira SM Faisal.

Turut hadir pada sidang akhbar itu ialah En Nik Danial Nik Mahmood, Naib Presiden NAZA Dua Roda Bahagian; En Azian Ramli, Prinsipal Pengedar Harley-Davidson Kuala Lumpur; Encik Raj Thangavelu, pemilik pertama pra-milik motosikal Harley-Davidson dan ahli Harley Owners Group (HOG) Malaysia.