Ujian masa Perlumbaan Malam MotoGP Qatar Selasa 3 Mac 09

Di penghujung ujian masa perlumbaan tengah malam Selasa di Qatar, nama Casey Stoner yang mengungguli senarai nama pelumba.
Juara litar Losail bagi dua tahun kebelakangan ini, Stoner menunjukkan aksi cemerlang di litar 5.38km ini, seperti yang telah dilakukannya salam perlumbaan malam yang dianjurkan kali pertama pada tahun 2008 lepas.
Masa terpantasnya sebanyak 1’55.744 telah dicatatkan sejurus selepas jam 9 malam dalam pusingan ke22 daripada jumlah 31 pusingan yang disudahi nya. Walaupun jumlah lap nya adalah kurang daripada pelumba lain, pelumba Australia ini yang menunggang Ducati Desmosedici GP9 serba baru yang menggunakan lengan ayun gentian karbon (carbon fibre swingarm) ini telah kecundang di selekoh dua sejurus selepas merekodkan masa terpantasnya, namun bangkit semula untuk beraksi se jam kemudian.





Keputusan Ujian masa MotoGP Qatar 3 Mac 09
1. Casey Stoner, Ducati Marlboro Team - 1'55.744 (31)
2. Jorge Lorenzo, Fiat Yamaha Team - 1'56.733 (82)
3. Valentino Rossi, Fiat Yamaha Team - 1'56.972 (75)
4. Chris Vermeulen, Suzuki MotoGP - 1'57.224 (70)
5. Nicky Hayden, Ducati Marlboro Team - 1'57.225 (53)
6. Loris Capirossi, Suzuki MotoGP - 1'57.253 (42)
7. Randy De Puniet, LCR Honda MotoGP - 1'57.401 (77)
8. Andrea Dovizioso, Repsol Honda - 1'57.449 (74)
9. Colin Edwards, Monster Yamaha Tech3 - 1'57.515 (46)
10. Alex De Angelis, San Carlo Honda Gresini - 1'57.591 (61)
11. Toni Elias, San Carlo Honda Gresini - 1'57.804 (66)
12. Mika Kallio, Pramac Racing - 1'57.938 (54)
13. Niccolo Canepa, Pramac Racing - 1'57.946 (50)
14. Yuki Takahashi, Scot Racing Team - 1'58.412 (61)
15. James Toseland, Monster Yamaha Tech3 - 1'58.786 (51)
16. Marco Melandri, Hayate Racing Team - 1'58.851 (73)


















Casey Stoner



















Jorge Lorenzo