Ninja ZX-6R 2009 Serba Baru




Ninja ZX-6R 2009 Serba Baru
Sekali imbas, mungkin ramai yang menyangka jentera ini ialah ZX-10R. Selain rupabentuk yang serba baru, ianya juga telah mengalami pengurangan berat sebanyak 10kg, agak banyak jika dikaji kesannya pada nisbah kuasa-ke-berat nya. Tunggangan pulang dari Kawasaki Malaysia untuk ke Cheras, memang terasa ringannya dari segi berat keseluruhan, tetapi tidak terasa melayang dek terlalu ringan. Mungkin pembaharuan utamanya merupakan penggunaan penyeraphentak hadapan serba baru dari Showa. Fork yang menggunakan teknologi omboh besar ini memang dirasakan lebih responsif dan mantap serta progresif, berbanding teknologi katrij yang digunapakai sebelum ini.

Citri Utama
Rupabentuk baru yang lebih linear, pengurangan berat dan hantaran kuasa yang lebih lancar dan terkawal, dengan peningkatan pecutan dan kendalian lebih mudah. Gear terasa begitu lancar dan mudah ditukar, dengan kelajuan mencecah melebihi 200kmh dalam tak sampai 500 meter. Enjin baru ini amat responsif dan memecut mudah apalagi jika melebihi 5500rpm, namun terkawal dan tidak terasa liar sehingga sukar di kawal.

Enjin lebih ringan
Aci sesondol (camshaft) baru yang 400g lebih ringan.
Penggunaan penutup enjin magnesium berbanding aluminium menurunkan 610g berat enjin.
Penjimatan 80g dengan rekabentuk tapak penyuntik bahanapi yang baru.
Gear dan sesondol direka semula untuk pengutrangan berat sebanyak 170g
Gear pam minyak dan motor penghidup dimesin untuk pengurangan berat sebanyak 70g
Penggunaan sensor tekanan udara kemasukan berjaya mengenepikan penggunaan sensor sudut sesondol dan ini menghasilkan berat.
Rekabentuk tangki simpanan cecair penyejuk dan penggunaan tiub lebih pendek mengurangkan 150g
Pengubahsuaian lapik haba mengurangkan sebanyak 170g
Pengunaan gear jenis kaset memudahkan penukaran gear untuk mengubah nisbah sewaktu di litar lumba.

Peningkatan prestasi julat rpm sederhana.
Rekabentuk kebuk baru menempatkan alur kemasukan pada dua tahap berbeza, yang berjaya menghasilkan pusaran lebih baik, lantas meningkatkan prestasi enjin pada julat rpm sederhana dan tinggi.
Sesondol berketahanan tinggi membolehkan rekabentuk profil sesondol yang lebih tipus untuk meningkatkan prestasi enjin.
Omboh berprofil serba baru dan dengan sudahan permukaan yang baru.
Rabung bawah omboh disalut molibdenum untuk mengurangkan geseran.
Gegelang omboh baru bertekanan rendah untuk mengurangkan seretan
Penampan rantai sesondol baru menstabilkan pergerakannya dan mengurangkan kehilangan tenaga.
Aliran ekzos baru menyumbang kepada peningkatan kuasa keseluruhan.


Kawalan pendikit lebih baik
Semburan bahanapi lebih halus dari pemancit bahanapi sekunder, menyumbang kepada pembakaran yang lebih efisien.
Badan pendikit yang lebih panjang telah menambah jarak di antara pendikit sekunder yang lonjong dengan pendikit utama yang bulat, untuk memperbaiki pembakaran.
Bentuk kebuk lebih baik mempercepatkan kemasukan campuran bahanapi ke dalam kebuk, dan juga pengeluaran gas emisi.
Penggunaan gegelung nyalaan serba baru meningkatkan percikan sebanyak 12% untuk meningkatkan kuasa.


Casis lebih ringan
Sub-kerangka dua bahagian diperbuat dari aluminium tetuang yang lebih ringan.
Sub-kerangka ini lebih tipus dan menirus ke belakang untuk ekor yang lebih kompak.
Lohong aruhan angin Ram Air diperbuat dengan menggabungkan tapak meter, cermin sisi dan kekotak udara, untuk penjimatan ruang dan pengurangan berat.
Tapak kerangka dan fairing juga dikaji semula untuk pengurangan bahagian peralatan dan pengurangan berat.
Rerumah pendikit baru juga mengurangkan 30g berat.

Pengagihan berat lebih sekata
Kerangka dan titik hubung lengan ayun di kaji semula untuk peningkatan ketegasan kerangka.
Enjin dipasang lebih sndeng ke hadapan untuk pengagihan berat yang sekata.
Penggunaan ekzos sisi yang lebih rendah, menurunkan pusat graviti untuk stabiliti lebih baik berbanding ekzos bawah ekor seperti sebelumnya.

Maklumbalas casis dan ergonomiks
Hendal lebih rapat dan sendeng ke dalam untuk posisi penunggangan yang lebih baik.
Tangki bahanapi lebih kembang di bahagian atas, untuk mendapatkan permukaan sentuhan yang lebih besar bagi penyaluran maklumbalas jentera yang lebih baik.
Tangki tipus di bahagian bawah untuk kepitan lutut yang lebih baik.
Sudut rake yang lebih tajam untuk belokan yang tangkas, dan maklumbalas roda hadapan yang lebih baik.

Pengurangan ketinggian pelana
Sub-kerangka belakan serba baru yang lebih tirus bagi memudahkan kaki mencecah tanah.
Pelana hadapan lebih tirus dan 10mm lebih rendah berbanding model terdahulu.


Kemajuan suspensi
Jentera pertama menggunakan rekabentuk Showa BPF (Big Piston Front fork ) dengan teknologi omboh besar.
Teknologi BPF mengurangkan peralatan dan menurunkan berat fork keseluruhan
Penggunaan omboh besar menurunkan tekanan penyerapan, untuk kelancaran dan peningkatan maklumbalas penyeraphentak.

Brek
Cakera belakang yang lebih besar pada 220mm
Letakduduk pemijak brek belakang yang diperbaharui untuk meningkatkan maklumbalas dan rasa.

Damper stereng perlumbaan
Damper stereng (steering damper) Öhlins, jenis dwi-tiub bolehlaras sepenuhnya, dipasang sebagai peralatan standard.

Ciri tambahan
Rekabentuk fairing baru untuk perlindungan angin yang lebih baik dan meningkatkan kebolehan menghadapi angin lintang.
Lampu kedudukan digabung dengan lampu projektor utama.
Penampan baru memperbaiki aerodinamik, dan penampan belakang menjamin kebersihan bahagian bawah ekor.
Penyaluran maklumat lebih baik dengan sekilas pandang, dari paparan meter serba baru.

Spesifikasi
Enjin: 4-lejang, sejukan cecair, DOHC, 4-injap se selinder, 4-selinder sebaris
Sesaran: 599cc
Gerek x lejang: 67.0 x 42.5mm
Nisbah mampatan: 13.3:1
Suntikan bahanapi: DFI® Keihin 38mm 4 selinder, dengan dwi penyuntik seselinder
Nyalaan: TCBI dengan pemaju nyalaan digital
Transmisi: 6-kelajuan
Hantaran akhir: rantai X-ring
Rake / trail: 24 deg / 4.0 in.
Kerangka: Aluminum
Tayar hadapan: 120/70 ZR17
Tayar belakang: 180/55 ZR17
Tapak: 55.1 in.
Suspensi hadapan: 41 mm Showa Big Piston Front fork terbalik, dengan spring tampanan atas, mampatan tak bertahap dan kawalan lantunan, bolehlaras sepenuhnya.
Suspensi belakang: Penyerap hentak jenis gas,bolehlaras sepenuhnya.
Brek depan: Dwi-cakera 300mm jenis kelopak dengan angkup radial 4-omboh 4-pelapik
Brek belakang: Cakera 220mm dengan angkup satu selinder
Panjang: 82.3 in.
Lebar: 27.8 in.
Tinggi: 43.9 in.
Kapasiti bahanapi: 4.5 gal.
Tinggi pelana: 32.3 in.
Berat: 421.2 lbs.
Warna: Lime Green
Metallic Diablo Black / Flat Super Black
Candy Surf Blue / Flat Super Black