Gandingan-5 dari Renault




TC Eurocars telah membawa masuk lima model baru Renault buat pilihan pengguna kenderaan di Malaysia. Sesi pandu-uji ke Cameron highlands telah mampu memberikan sedikit sebayak pembuka mata untuk model model baru Renault ini sebagai pengenalan awan.



CLIO 1.6

Model kompak ini mula ditawarkan pada tahun 1990, dan kini didatangkan dengan pengiktirafan tahap keselamatan lima bintang oleh Euro NCAP. dengan ruang dalaman yang lebih luas berbanding model terdahulu, Clio baru ini menggunakan casis yang direkabentuk semula untuk pemanduan yang lebih mantap, di samping rekabentuk baru yang lebih aerodinamik.

Dengan enjin 1.6liter 16-injap yang menghasilkan 110hp, sistem gantungan Clio ini juga menggunakan jenis MacPherson yang menjanjikan pengarahan panduan yang jitu, yang bersesuaian dengan penggunaan kekotak gear automatik empat kelajuan dengan paddle manual yang boleh di kawal pada stereng.

Pengalaman pemanduan model kompak ini dirasakan memberangsangkan dan meyakinkan, memandangkan ianya mampu mengambil selekoh dengan baik dan juga dapat memberikan keyakinan pada kelajuan tinggi.



CLIO RENAULT SPORT

Model Renault Sport merupakan pilihan hanya dikeluarkan di kilang nya di Dieppe, Perancis. Sambutan bagi model Clio RS ini amat menggalakkan di Eropah, dan semenjak mula dikeluarkan pada tahun 1999, sebanyak 37, 545 Clio RS telah dijual. Kini, model Clio RS ini didatangkan untuk pengguna Malaysia.

Sesuai dengan imej sportnya, model ini memang terasa kehangatan kuasanya, dengan enjin 2.0 liter 16-injap yang berkuasa 197hp. Digabungkan dengan kekotak gear nisbah dekat, model ini amat selesa dengan pemanduan tangkas dan mainan rpm yang tinggi. Brek Brembo yang di pasang standard menyakinkan pemberhentian, dan peralatan lain juga disesuaikan untk prestasi pemanduan, seperti tayar 17 inic 215/45., dan kekotak gear manual TL4 enam-kelajuan. Pecutan dari pegun ke 100kmj dalam 6.9 saat telah dilaporkan, dan kereta ini juga dibekalkan sistem EBD, ESP dan ASR bagi meningkatkan tahap keselamatan kenderaan ini.

Deruman rpm tinggi memang mengujakan peminat kereta prestasi tinggi, dan Clio RS ini mampu memberikan keseronokan pemanduan yang memang boleh dicemburui kenderaan lain se kelas dengan nya. Ini merupakan sebuah model yang ingin kami nikmati sekali lagi untuk jangkamasa yang lebih lama.


RENAULT MEGANE COUPE-CABRIOLET

Model ini merupakan model cabriolet pertama di dunia yang menggunakan bumbung kaca, dan pembukaan atau metamorphosis dari mod coupe ke cabriolet amat mudah dengan kawalan elektrik dan hanya mengambil masa 22 saat. Pemanduan tanpa bumbung di Cameron Highlands sememangnya amat sesuai, dengan udara segar pergunungan yang sejuk membelai rambut, dan tolehan pengguna kenderaan lain sepanjang perjalanan. Model cabrio ini agak luas dan mampu menempatkan empat penumpang dengan selesa tidak seperti sesetengah model cabriolet yang lain.

Pemanduan kenderaan ini dengan enjin 2.0 liter 135hp dengan kekotak gear automatik empat-kelajuan memang menyeronokkan dan meyakinkan. Menyusuri selekoh dari Simpang Pulai mendaki ke Cameron Highlands merupakan sesuatu yang mudah dan mengujakan. Sistem brek Anti-lock Braking System (ABS), Emergency Brake Assist (EBA), Electronic Brake Distribution (EBD), A yang digabung menambah keyakinan kawalan kenderaan. Ruang penyimpanan barangannya juga luas dengan 490 liter, malah masih mampu menawarkan ruang 190 liter dengan penyimpanan bumbung yang dibuka.

Kenderaan ini memang disasarkan sebagai pilihan ekslusif bagi mereka yang inginkan kelainan dalam pemilikan kenderaan, bukan hanya dari segi luaran atau keterampilan, malah dari segi prestasi nya.



MEGANE F1 TEAM R26

Model Megane ini dikeluarkan bersempena kemenangan kejuaraan Renault dalam kategori Pembuat Kereta F1 pada tahun 2005 dan 2006. Di keluarkan oleh Renault Sport Technologies, M├ęgane F1 Team R26 ini merupakan emulasi jentera F1 nya dengan ciri ciri sports yang tulen.

Rupabentuknya yang sporti sudah cukup untuk menggambarkan prestasi yang boleh ditawarkannya. Tempat duduk recaro merupakan peralatan standard, dengan rim aloi "Anthracite" 18-inci, dan brek Brembo dengan angkup merah yang berketerampilan. Luarannya penuh dengan grafik unik ala perlumbaan pada bumper, pintu dan bumbung.

Enjin turbo 2 liter 16-injapnya mampu menjana 230hp, pen gabungan pemetaan nyalaan enjin dan ekzos baru mampu menawarkan torque maksima pada 90% dari julat rpm nya bagi menjamin hantaran kuasa yang sekata. Kuasa ini disalurkan melalui kekotak gear enam-kelajuan. Namun, penggunaan bahanapi diberitakan agak ekonomik dengan hanya 8.5 liter/100km.

Model ini merupakan model perdana bagi siri Megane, dan banyak menggabungkan ciri ciri jentera perlumbaan yang dibangunkan melalui pencapaian F1 Renault, untuk menghasilkan sebuah kenderaan yang berjiwa pertandingan.


RENAULT GRAND ESPACE BARU

Siri Espace mula dikeluarkan lebih 20 tahun lalu, dan sinonim dengan MPV yang menawarkan keluasan ruang sebagai salah satu kekuatan utama nya. Malah bumbung panoramik nya juga sememangnya di reka untuk memberikan pengalaman ruangan yang luas bagi penumpangnya. Ciri ini di capai dengan penggunaan cermin yang besar, dengan tiang yang kecil tetapi diperkuatkan untuk menjamin keselamatan, di samping penggunaan beg udara yang mengelilingi segenap ruang kenderaan ini.

Kemewahan ruang dan peralatan merupakan tumpuan pereka pereka Espace ini. Barisan kerusi penumpang semuanya boleh di laras atau di keluarkan untuk permainan ruang dalaman, sesuai dengan apa jua kehendak penumpang. Walaupun tampak besar, stabiliti kenderaan ini amat mengagumkan walaupun dengan pengambilan selekoh pada kelajuan tinggi, dengan Electronic Stability Programme (ESP) dan CSV bagi mengawal understeer. Malah sewaktu pandu uji ini, ianya mampu mengekor dan tidak ketinggalan di belakang model model sports yang lain. Ini berkat kuasa enjin 2.0 turbo 16-injap nya yang mampu menjana 170hp, denagn hantaran kuasa melalui kekotak gear automatik lima kelajuan, yang menyalurkan pacuan kepada tayar yang dipasang pada rim aloi 17-inci jenis Novastella.

FABULOUS FIVE
Kelima lima kendertaan ini kini ditawarkan buat pengguna Malaysia yang inginkan kelainan dalam pemilikan kenderaan. Di tawarkan oleh TC Euro Cars (TCEC), anak syarikat Tan Chong Motors Holdings, alatganti dan servis lengkap nya di jamin oleh rangkaian servis Tan Chong. Clio 1.6 ditawarkan pada harga RM149,016.50, Clio RS pada RM215,851.20 , Megane Coupe-Cabriolet pada harga RM236,042.20 , Megane R26 Sport pada harga RM 236,177.90 , dan Grand Espace pada harga RM297,716.90. Saksikan semuanya di bilik pameran TC Euro Cars.
- BH Auto -



No comments: